Wednesday 10 April 2013

                                                
             PERMATA HATIKU

Friday 5 April 2013

Sosej Roll

Selalunya anak-anak suka makan sosej roll ni. Cara nak buat pun senang, anak pun suka.

Bahan-Bahan :-

- Roti
- Sosej
- Telur
- Serbuk roti (jika ada)

Cara-Cara Membuat

1. Kukus roti dan sosej sebentar bagi melembutkannya (kalau rajinla). Kemudian leperkan roti tersebut   dengan menggunakan roller. 
2. Letakkan sosej di atas roti tersebut dan gulungkannya. Sapu sedikit telur pada hujung roti bagi mengelakkannya terbuka semasa menggoreng.
3. Bagi yang mempunyai serbuk roti, celupkan dahulu gulungan roti tadi dengan telur dan golekkan dengan serbuk roti.
4. Roti sosej tersebut bolehlah digoreng. Sedia dimakan.

Selamat Mencuba !!!!

Resepi Mudah Dan Ringkas


Sandwich Telur

Resepi ni saya belajar masa kat sekolah-sekolah dulu,, tapi sampai sekarang masih ingat. Mudah dan sedap!!!

Bahan-Bahan :-

- Telur (direbus dan dilecek)
- Mayonis (ikut suka)
- Sedikit lada sulah
- Sedikit garam

Cara-Cara Membuat:

1) Campurkan kesemua bahan2 di atas.
2) Sapu ke atas roti dan letakkan sekeping lagi di bahagian atas. Boleh 
    letakkan salad jika suka.
3) Potong kepada 2 bahagian menjadi bentuk segitiga.
4) Sedia dimakan.

Selamat mencuba!!!

Tuesday 30 October 2012

Realiti Kehidupan

Assalamualaikum, salam sejahtera

Hari ini aku nak bercerita tentang sebuah kisah yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian dan membuatkan kita mengenang kembali zaman remaja. Memang benarlah kata orang, apabila kita meningkat dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri barulah kita dapat merasa erti sebenar hidup. Zaman sekolah dulu banyak masa dihabiskan dengan berseronok, berborak, berjalan-jalan tengok wayang dan mcm2 lagi utuk menghabiskan duit mak ayah...(hehehe). Kesian mak ayah kita kerja tapi kita hanya tau nak habiskan aje,,,bila tak dapat merajuk, buat muka dan macam2 lagi la..
 
Tapi bila aku dah berkeluarga barulah kumengerti kini... bukan senang nak menguruskan sebuah keluarga,, mendidik anak2 dan memenuhi keperluannya...menjadi isteri, ibu, cikgu (pada ank2la) dan segala-galanya. Kekadang rase nak pengsan..best nye kalau dapat kembali ke zaman remaja balik!!!
 
Namun aku tetap bersyukur kepada ilahi kerana diberi kesempatan memikul tanggungjawab ini walaupun tidak sesempurna mana. Kekadang gunung berapi meletus jugak,...tapi aku tabahkan hati demi membina keluarga ini..Terima kasih aku ucapkan kepada mak yang yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada diri ini..Jadi kepada semua generasi muda (remaja) di luar sana,,fikirkanlah juga untuk orang lain.. sekianlah saja post untuk hari ni.