Friday 5 April 2013

Sosej Roll

Selalunya anak-anak suka makan sosej roll ni. Cara nak buat pun senang, anak pun suka.

Bahan-Bahan :-

- Roti
- Sosej
- Telur
- Serbuk roti (jika ada)

Cara-Cara Membuat

1. Kukus roti dan sosej sebentar bagi melembutkannya (kalau rajinla). Kemudian leperkan roti tersebut   dengan menggunakan roller. 
2. Letakkan sosej di atas roti tersebut dan gulungkannya. Sapu sedikit telur pada hujung roti bagi mengelakkannya terbuka semasa menggoreng.
3. Bagi yang mempunyai serbuk roti, celupkan dahulu gulungan roti tadi dengan telur dan golekkan dengan serbuk roti.
4. Roti sosej tersebut bolehlah digoreng. Sedia dimakan.

Selamat Mencuba !!!!

No comments:

Post a Comment