Wednesday 10 April 2013

                                                
             PERMATA HATIKU

Friday 5 April 2013

Sosej Roll

Selalunya anak-anak suka makan sosej roll ni. Cara nak buat pun senang, anak pun suka.

Bahan-Bahan :-

- Roti
- Sosej
- Telur
- Serbuk roti (jika ada)

Cara-Cara Membuat

1. Kukus roti dan sosej sebentar bagi melembutkannya (kalau rajinla). Kemudian leperkan roti tersebut   dengan menggunakan roller. 
2. Letakkan sosej di atas roti tersebut dan gulungkannya. Sapu sedikit telur pada hujung roti bagi mengelakkannya terbuka semasa menggoreng.
3. Bagi yang mempunyai serbuk roti, celupkan dahulu gulungan roti tadi dengan telur dan golekkan dengan serbuk roti.
4. Roti sosej tersebut bolehlah digoreng. Sedia dimakan.

Selamat Mencuba !!!!

Resepi Mudah Dan Ringkas


Sandwich Telur

Resepi ni saya belajar masa kat sekolah-sekolah dulu,, tapi sampai sekarang masih ingat. Mudah dan sedap!!!

Bahan-Bahan :-

- Telur (direbus dan dilecek)
- Mayonis (ikut suka)
- Sedikit lada sulah
- Sedikit garam

Cara-Cara Membuat:

1) Campurkan kesemua bahan2 di atas.
2) Sapu ke atas roti dan letakkan sekeping lagi di bahagian atas. Boleh 
    letakkan salad jika suka.
3) Potong kepada 2 bahagian menjadi bentuk segitiga.
4) Sedia dimakan.

Selamat mencuba!!!